Pengkomersilan Perusahaan reroti

Di kebanyakan negara, banyak kedai runcit dan pasar raya menjual "roti yang dihiris" (roti prabungkus/prahiris), kek dan pastri lain. Mereka juga mungkin menawarkan perkhidmatan penghasilan roti terus di kedai, dengan produk sama ada dibakar sepenuhnya di tapak atau sebahagian bakar sebelum dihantar ke kedai,[8] dan sesetengahnya menawarkan perkhidmatan menghias kek. [5] Namun begitu, ramai orang masih memilih untuk mendapatkan barangan bakar mereka dari kedai roti artisan kecil, mungkin disebabkan kebiasaan tradisi atau ketersediaan lebih banyak aneka produk bakar, atau disebabkan ciri produk reroti yang lebih berkualiti tinggi. [2]